‘Umi, kesian kakak tu, dia baik tetapi badannya terbakar’

22 February 2017 | 3:33 am

Tadi ada seorang kawan di Facebook memberitahu saya yg anaknya diejek kerana hitam. Saya teringat satu ketika dahulu, Qaisara bermain dgn seorang anak India muslim. 

“Kasihannya umi. Kasihan dekat kakak itu, dia baik tetapi badannya terbakar,” kata Qaisara.

Ya, saya rasa ini semua bergantung dgn didikan kita, cara kita berinteraksi dgn anak-anak, lisan kita dgn anak-anak. Saya memang gemar menggunakan perkataan kasihan. Jadi Qaisara selalu mengikut. Apa sahaja keadaan, dia akan berasa kasihan. Cuma saya lupa mengajar dia, manusia memang mempunyai perbezaan kulit mengikut bangsa & negara. 

Hari ini ternampak satu tulisan di WhatsApp, tak tahu siapa penulis asalnya. 

BENIH jg HITAM

Ada seorang wanita kulit putih melakukan perjalanan bersama seorang anaknya yg berusia 6 tahun. Mereka menaiki teksi yg dipandu oleh seorang lelaki berkulit hitam. 

Anaknya belum pernah melihat orang kulit hitam sebelum itu. Maka hatinya sgt ketakutan, lalu bertanya kpd ibunya. 

“Ibu, apakah orang ini bukan penjahat? Mengapa kulitnya begitu hitam?” soal si anak. 

Pemandu itu tersentak lalu berasa sgt sedih mendengar soalan si anak lelaki penumpangnya itu. 

Saat itu pula, si ibu berkata kpd anaknya, “tak nak, pakcik ini bukan orang jahat. Dia adalh orang yg sgt baik.” 

Anaknya terdiam sejenak, lalu bertanya lagi. 

“Kalau dia bukan orang jahat, lalu apakah dia pernah melakukan sesuatu yg hina sehingga kulitnya begitu hitam?” 

Mendengar kata-kata anak itu, mata pemandu itu bergenang menahan sebak. Namun dia jg ingin tahu bagaimana wanita itu menjawab pertanyaan tersebut. 

“Dia adalh lelaki yg sgt baik, jg tak pernah berbuat jahat. Bukankah bunga-bunga yg indah di kebun rumah kita ada yg berwarna merah, putih, kuning & warna-warna lain?” kata si ibu. 

“Benar, ibu!” 

“Bukankah keindahan bunga-bunga iut bermula dgn biji benihnya yg berwarna hitam?” soal ibunya lagi. 

Anak ini berfikir sejenak. “Benar ibu! Semuanya berwarna hitam,”  jawabnya. 

“Benih hitam itu yg memekarkan bunga-bunga berwarna-warni yg indah sehingga dunia menjadi penuh warna-warni jg. Bukankah begitu, anakku? 

“Benar ibu,” kata si anak. 

Si aanak tiba-tiba tersedar & berkata, “Kalau begitu pasti pakcik ini bukan orang jahat. Terima kasih pakcik! Pakcik telah membuat dunia menjadi pernah warna-warni. Saya akan berdoa untuk pakcik.” 

Lalu mulutnya terkumat-kamit membaca doa. Pemandu kulit hitam itu tak dapat lagi menahan dirinya untuk menangis air mata kegembiraan. 

“Penjelasan yg bijak, mampu memberi kesan yg mendalam. Namun, bijakkah kita dlm memberi penjelasan terhadap orang-orang yg ada di sekeliling kita? Sehingga perkataan-perkataan yg keluar dr mulut kita mampu menenangkan & mendamaikan suasana? 

Renungkanlah, semoga bermanfaat. 

GruGru

‘Umi, kesian kakak tu, dia baik tetapi badannya terbakar’ | sentot | 4.5