(Video) Wanita temui anak lelakinya sdg makan budak 7 tahun yg dibunuh di India

25 February 2017 | 1:23 am

PILIBHIT, INDIA – Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki membawa kpd penemuan mayat mangsa telah dibunuh, dipenggal kepala, dilapah & dagingnya dimakan seorang lelaki disyaki penagih dadah. 

Lapor Hindustantimes.com, dlm kjadian Selasa lalu, mangsa, Mohammad Monis, 7, yg sdg bermain di luar rumah bersama kanak-kanak lain, dibawah oleh lelaki berkenaan, Nazim Miyan, 20-an, ke sebuah rumah di kawasan itu & lalu membunuhnya. 

Kehilangan mangsa menyebabkan penduduk melancarkan usaha mencarinya di kawasan sekitar. 

Ibu Nazim yg turut menyertai usaha mencari mangsa itu bagaimanapun terkejut apabila menemui anaknya itu dlm rumah tersebut yg duduk disebelah mayat mangsa yg telah dipotong-potong, segera menghubungi polis.

Ketua Polis Pilibhit, Devranjan Verma berkata, anggotanya terkejut melihat keadaan mayat mangsa yg amat mengerikan itu. 

Kepala mangsa di tepi tubuh yg dipotong dgn kulit serta bahagian dada sudah dirobek, manakala organ dalaman & darah bersepah di lantai. 


Nazim jg sempat dibelasah penduduk ketika dibawa keluar, namun diselamatkan oleh polis. Nazim jg tak melawan ketika ditahan. Polis turut menemui pisau & penggali tanah di tempat kjadian. 

Orang ramai kemudian berkumpul di hadapan balai polis yg menuntut agar Nazim dibunuh. 

Nazim dibawa ke mahkamah semalam bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan pelbagai tuduhan termasuk membunuh & menculik. – The Reporter



GruGru

(Video) Wanita temui anak lelakinya sdg makan budak 7 tahun yg dibunuh di India | sentot | 4.5