‘Ya Allah, isteri saya kemalangan di depan mata’

24 February 2017 | 6:44 am

PULAU PINANG – Seorang penunggang motosikal cedera di bahagian dahi selepas terlibat dlm kemalangan di susur naik ke Jambatan Pulau Pinang, dr arah pulau, semalam. 

dlm kjadian jam 7 petang semalam, Nur Aziyaty Abdul Azizi, yg menunggang motosikal dipercayai dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih sebelum melarikan diri meninggalkan mangsa yg cedera. 

Suami mangsa, Mohd Shafiz Azizi, berkata, kjadian yg hampir meragut nyawa isterinya itu berlaku di depan matanya sendiri. 

“Ya Allah, hanya tuhan saja yg faham perasaan saya pd saat ini, isteri kemalangan di depan mata,” tulisnya di Facebook semalam. 

Menurut Mohd Shafiz, isterinya cedera di bahagian dahi & luka akibat kemalangan itu jg agak dlm. 

“Luka di dahinya agak dlm. Tangan & kaki isteri jg bakal dibedah,” tulisnya. 

Justeru, Mohd Shafiz meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pemandu Myvi berkenaan agar tindakan dapat diambil terhada pemandu itu. – The Reporter



GruGru

‘Ya Allah, isteri saya kemalangan di depan mata’ | sentot | 4.5