‘Ya Allah, pellharalah anak kaki lima ini…’

11 February 2017 | 1:22 am

Mati langkah saya keluar dr kedai tadi. Ternampak baby tengah meniarap di kaki lima kedai. Terdetik di hati, “ya Allah, anak siapa pula ini? Kenapa dibiar meniarap di kaki lima?”. Rasa nak marah pun ada. Mana ibu dia?

Saya pergi mendekati mereka. Allah, nak nangis melihat si kecil itu. Si abang menjaga adiknya yg merengek-rengek, disumbatnya ibu jari untuk dihisap & si kecil itu berhenti menangis. dlm hati saya menangis melihat keadaan mereka berdua. 

“Mak km di mana?” soal saya pd si abang. 


“Mak pergi sana,” jawabnya sambil memuncungkan mulutnya ke arah yg dimaksudnya. 

“Bapak kami?” saya msh tak berpuas hati dgn jawapannya. 

“Ditahan polis, tiada IC,” wajahnya menjadi sedih bila menjawab soalan itu. 

“Berapa bulan adik km ini? Kenapa tak duduk di rumah saja? Kesian adik km ini sejuk,” sedih tengok si kecil ini baring di kaki lima tanpa beralas. Meruntun naluri saya sbg seorang ibu. 

“Tujuh bulan. Di rumah tiada makanan, tiada duit nak beli makanan,” jawabnya sambil mengelap hingsu adiknya yg meleleh. 

Saya tak tahu nak tanya soalan apa lagi. Menangis melihat si kecil itu yg msh menghisap jari abangnya. tak jauh dr situ, ada sebuah kedai roti. Lalu saya pergi ke kedai itu dna mencari apa yg boleh dibelikan untuk diberikan kpd mereka berdua. Saya belikan susu Dutchlady rendah lemak & roti. Mungkin boleh mengenyangkan si kecil itu.

Selesai membeli, saya kembali semula kpd mereka. Si kecil & abangnya baring berhadapan tanpa sebarang alas. Nampak si abang sayang pd adiknya. Allahuakbar. Saya menangis ketika menghulurkan bungkusan susu & roti kpd mereka. 

“Nah, bagi adik km minum susu ini. Roti ini, bagi dia makan sikit-sikit. km pun makanlah sekali,” kata saya padanya. 

Dia bangun & duduk sambil menyuap adiknya susu Dutchlady itu dgn straw dua tiga kali. Saya menarik nafas, pusing & masuk ke kereta. Allah, peliharalah anak kaki lima itu. 

Budak suku ‘Palauh’ ini ada di merata-rata. Mereka akan kejar kita untuk minta duit. Selalunya memang saya ikut mood jg kalau nak hulur. Bukan apa, saya lebih gemar menghulur makanan daripada menghulur duit kerana mereka memang akan salahgunakan duit itu. Selalu berlaku di depan mata. 

Tapi kali ini saya jumpa yg tak menganggu orang pun. Dia tak kejar orang, dia bermain saja dgn adik dia. Allah, peliharalah anak-anak ini, ya Allah. 

GruGru

‘Ya Allah, pellharalah anak kaki lima ini…’ | sentot | 4.5